OPERASI PENAMPALAN NOTIS KEKOSONGAN DI PASAR TELUK WANJAH, ALOR SETAR
19 Mei 2025, Isnin – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Pasar dan Penjaja dan Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan satu operasi penampalan notis kekosongan di semua meja yang tidak disewa di Pasar Teluk Wanjah, Alor Setar.
Sebanyak 35 buah meja telah ditampal notis kekosongan hasil daripada operasi tersebut. Untuk sebarang urusan dan pertanyaan mengenai meja yang masih kosong di Pasar Teluk Wanjah boleh hubungi Bhg. Pengurusan Pasar dan Penjaja, MBAS di talian 04-7308751.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'