PENIAGA TIDAK BERLESEN | MBAS SERAH NOTIS KEPADA PARA PENIAGA SUPAYA MEMBUAT PERMOHONAN LESEN
21 Mei 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Pasar dan Penjaja dan Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan satu operasi serahan notis kepada peniaga tidak berlesen di Pasar Sehari Bukit Pinang, Alor Setar.
Hasil daripada pemeriksaan yang telah dilakukan ke atas 164 peniaga di pasar sehari tersebut, sebanyak 60 notis telah dikeluarkan kepada peniaga yang tidak mempunyai lesen. MBAS menyeru kepada semua peniaga di bawah kawasan pentadbiran MBAS yang tidak mempunyai lesen agar membuat permohonan lesen dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'