PENYUSUNAN SEMULA PENJAJA | MBAS LAKUKAN BANCIAN PENJAJA DI JALAN PINTU SEPULUH, ALOR SETAR

16-17 Mei 2025, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Pasar dan Penjaja telah menjalankan bancian penjaja-penjaja di Jalan Pintu Sepuluh, Alor Setar. Bancian ini dilakukan bagi memeriksa status peniaga yang aktif dan tidak aktif di kawasan berkenaan bagi tujuan penyusunan semula penjaja di kawasan itu nanti.
 
Usaha penyusunan semula semua penjaja dan peniaga kecil di Bandaraya Alor Setar dilakukan bagi memastikan semua penjaja dan peniaga kecil mempunyai lesen serta menstrukturkan semua kawasan perniagaan di Bandaraya Alor Setar dengan lebih tersusun dan kemas.
 
Skip to content