KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE ATAS MUFTI NEGERI KEDAH

26 Mei 2025, Isnin – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang di Pejabat Jabatan Mufti Negeri Kedah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit, sebentar tadi.
 
Kunjungan hormat ke ini diadakan bertujuan untuk menyantuni Mufti Negeri Kedah serta mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara kedua pihak ke arah dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
 
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Kedah atas layanan mesra ini dan semoga kunjungan ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwah antara kedua-dua pihak.
 
Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah, Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Bin Noh; Timbalan Mufti Negeri Kedah, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Pengarah-Pengarah MBAS serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content