KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) Di Negeri Kedah serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.

BIL NO SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
1 43/2025 (KEJ) KERJA-KERJA PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SERTA KELENGKAPAN BERKAITAN UNTUK KAWASAN TAPAK PARKIR BERPALANG (OFF STREET) DI SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

BERDAFTAR DENGAN CIDB

GRED G2

KATEGORI CE

PENGKHUSUSAN CE01

– TIDAK BERKAITAN –
2 45/2025 (KEJ) CADANGAN MEMBINA DATARAN KEJAT DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI PANTAI RHU, TANJUNG DAWAI, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
(TAWARAN SEMULA)

BERDAFTAR DENGAN CIDB

GRED G2

KATEGORI CE

PENGKHUSUSAN CE01

– TIDAK BERKAITAN –

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 04 Jun 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM CIDB), Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 15 JUN 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 27 Mei 2025

Skip to content