


๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐ฎ๐ ๐๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ซ๐
21 mei 2025 – Satu majlis ringkas dan penuh makna telah berlangsung bagi pelaksanaan sesi penyerahan tugas Ar. Haji Mohd Nazri bin Harun, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, MPKK.
Majlis ini menyaksikan penyerahan tanggungjawab kepimpinan kepada Ts. Muhammad Rezuan bin Abu Samah, Penolong Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan yang bakal meneruskan legasi dan komitmen dalam memastikan pembangunan bandar yang teratur dan berkualiti.
Penyerahan tugas ini disaksikan dengan penuh hormat oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK serta Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha MPKK sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan kepada kedua-dua pemimpin tersebut. Turut hadir, barisan pengarah jabatan, pegawai serta seluruh anggota Jabatan Kawalan Bangunan.
YBhg. Datoโ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK menzahirkan penghargaan terhadap Ar. Haji Mohd Nazri, seorang pemimpin yang disifatkan amat tekun dan penuh ketelitian dalam melaksanakan setiap tanggungjawab sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
YBhg. Datoโ Yang Dipertua turut mendoakan agar beliau, isteri, dan seluruh keluarga sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, serta kebahagiaan yang berterusan.
Sebagai wakil kerajaan khususnya MPKK, YBhg. Datoโ Yang Dipertua dengan penuh hormat secara simbolik menyerahkan kembali Ar. Haji Mohd Nazri ke pangkuan keluarga setelah bertahun-tahun mengabdikan diri berkhidmat di MPKK dengan dedikasi yang tinggi terhadap pembangunan dan kemajuan dalam menerajui kecemerlangan MPKK.
Seluruh warga MPKK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ar. Haji Mohd Nazri bin Harun atas jasa bakti dan dedikasi yang tidak ternilai selama ini. Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan yang berpanjangan.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada Ts. Muhammad Rezuan dalam menggalas tanggungjawab baru!