KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.
NO. SEBUT HARGA | PROJEK | KELAS, KEPALA & SUB-KEPALA | PENDAFTARAN/TAKLIMAT | TARIKH LAWATAN TAPAK |
5/2025 LR |
SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ANAK DAN BENIH POKOK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN |
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DALAM KOD BIDANG (TANAMAN / BAKA / BENIH SEMAIAN) |
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PADA JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI TAPAK SEMAIAN | 4 Jun 2025 |
6/2025 LR |
SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MEMASANG SET PERALATAN PERMAINAN KANAK-KANAK DI KAWASAN LAPANG UNTUK MAJLIS PERBADARAN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN BAGI TAHUN 2025 |
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DALAM KOD BIDANG |
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PADA JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI TAPAK SEMAIAN | 4 Jun 2025 |
7/2025 LR |
SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERALATAN SENAMAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH |
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DALAM KOD BIDANG |
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PADA JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI TAPAK SEMAIAN | 4 Jun 2025 |
Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Lawatan tapak dan taklimat adalah diwajibkan. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa cop syarikat, dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat uang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia.
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah mulai 04 Jun 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Penyebut harga dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akaun Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 10 JUN 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Seksyen Perolehan, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 29 May 2025