KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.
NO. SEBUT HARGA | PROJEK | KELAS, KEPALA & SUB-KEPALA | PENDAFTARAN/TAKLIMAT | TARIKH LAWATAN TAPAK |
8/2025 LR |
CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP PERSEKITARAN KEHIDUPAN DI KAWASAN LAPANG LEBUH ARKED, SUNGAI PETANI, KEDAH. |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI CE PENGHKUSUSAN CE14 DAN CE21 |
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PADA JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI TAPAK SEMAIAN | 3 Jun 2025 |
9/2025 LR |
CADANGAN PENGINDAHAN LANDSKAP DAN PEMASANGAN PAPAN TANDA IKONIK DI PEKAN GURUN DAN PEKAN TIKAM BATU UNTUK MP SUNGAI PETANI |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI CE PENGHKUSUSAN CE14 DAN CE21 |
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PADA JAM 9.30 PAGI BERTEMPAT DI TAPAK SEMAIAN | 3 Jun 2025 |
Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Lawatan tapak dan taklimat adalah diwajibkan. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa cop syarikat, dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat uang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia.
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah mulai 3 Jun 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Penyebut harga dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akaun Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 11 JUN 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Seksyen Perolehan, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 28 May 2025