MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (JPPBT) BIL. 3/2025 ZON UTARA

28 Mei 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya menghadiri hari pertama Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) bilangan 3/2025 Bagi Zon Utara yang diadakan di Majlis Perbandaran Taiping, Perak.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada wakil-wakil pengurusan tertinggi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JKT, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Datuk Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dari zon utara. Mesyuarat JPPBT bilangan 3/2025 Bagi Zon Utara akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 & 29 Mei 2025.
 
Skip to content