OPERASI PEMERIKSAAN LESEN DAN PEMATUHAN SYARAT LESEN PENJAJA
28 Mei 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Pasar dan Penjaja dan Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan satu operasi pemeriksaan lesen dan pematuhan syarat lesen penjaja di kawasan Kubang Rotan, Alor Setar.
Hasil daripada pemeriksaan yang telah dilakukan di kawasan tersebut, pihak MBAS telah mengeluarkan notis ke atas sebilangan penjaja yang tidak mematuhi syarat lesen. Selain itu, pihak MBAS juga telah membuat tangkapan terhadap seorang peniaga yang didapati melakukan kutipan caj tapak kepada para peniaga di kawasan tersebut tanpa kebenaran MBAS.
Pihak MBAS menyeru kepada semua penjaja dan peniaga-peniaga kecil agar tidak memberikan sebarang bayaran kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan membuat kutipan tapak tanpa kebenaran. Para penjaja dan peniaga-peniaga kecil juga dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu bersama pihak MBAS sebelum membuat sebarang pembayaran ke mana-mana pihak.
MBAS akan terus mempertingkatkan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'