MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN AIDILADHA YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI TAHUN 2025
Buat pertama kalinya,Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Aidiladha Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) Bagi Sesi 2025 diadakan di Dewan Banquet Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah anjuran Pejabat Tanah Dan Daerah Kuala Muda.
Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Aidiladha ini telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim Daerah Kuala Muda. Sumbangan yang diberikan termasuklah sepersalinan baju raya, wang tunai dan hamper.
Turut bersama dalam majlis ini ialah Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Kuala Muda dan Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.
Menjunjung Kasih kepada Yang Maha Mulia Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah atas pengurniaan dan sumbangan Aidiladha tersebut.
Semoga sumbangan tersebut dapat membantu para penerima sumbangan berkenaan serta keluarga masing-masing dalam membuat persediaan dan persiapan Aidiladha yang akan menjelang tidak lama lagi.
Klik untuk gambar sekitar program


















