Seluruh warga Majlis Daerah Yan merakamkan ucapan takziah dan menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam nahas jalan raya yang berlaku awal pagi tadi.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman serta beramal soleh.
Kami mendoakan agar seluruh ahli keluarga, para pendidik dan sahabat handai diberi kekuatan, kesabaran serta ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat menyayat hati ini.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
“Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nya jua kita kembali.”
Al-Fatihah
