Majlis Daerah Bandar Baharu menyertai kursus Sistem Maklumat Inventori Flora dan Fauna (SMIFF) pada 28-29 Mei 2025 yang dianjurkan oleh FRIM.

SMIFF merupakan sistem yang dibangunkan oleh Zahari Othman, Ketua Cawangan Teknologi Maklumat (ICT) FRIM untuk mengumpul, menyimpan dan mengurus data biodiversiti di taman awam secara sistematik serta tersusun.

Kursus tersebut bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai kepentingan sistem ini dalam pengurusan aset hidup serta melatih PBT untuk mengendalikan SMIFF secara berkesan.

Sesi pembelajaran dan pengenalan kursus dikendalikan oleh Zahari. Sesi perbincangan kumpulan juga dijalankan bagi mendapatkan maklum balas mengenai faedah, keperluan serta cadangan penambahbaikan sistem demi memperkasa pengurusan biodiversiti bandar.

Sumber : Laman Facebook FRIM

Skip to content