PERBINCANGAN KUMPULAN SASAR (FGD) BAGI PENYEDIAAN LAPORAN HALA TUJU VLR & SDGs ROADMAP MPSPK

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah mengadakan sesi Perbincangan Kumpulan Sasaran(FGD) Siri Ke-2 bagi Penyediaan Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan ‘Sustainable Development Goals’ (SDGs) dan ‘Voluntary Local Review’ (VLR) bertempat di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid, Menara MPSPK.

Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan aluan Setiausaha MPSPK, Tuan Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi dan turut dihadiri oleh ADUN Bukit Selambau, YB Ustaz Azizan bin Hamzah, barisan Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, serta wakil-wakil daripada pelbagai agensi dan komuniti setempat.

Pembentangan Hasil Laporan Penilaian Pelaksanaan SDG disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia Dr. Azmizam bin Abdul Rashid. Kemudian, sesi diteruskan dengan perbincangan yang dijalankan tertumpu kepada tiga aspek utama, iaitu Memastikan Pertumbuhan dan Pembangunan Inklusif Untuk Semua, Meningkatkan Akses kepada Perkhidmatan Perbandaran Untuk Merapatkan Jurang Pembangunan dan Menggalakkan Kelestarian Alam Sekitar bagi Menangani Perubahan Iklim.

Melalui sesi ini, MPSPK dapat memperincikan prestasi semasa pencapaian SDGs serta merangka strategi yang lebih berkesan dalam merealisasikan pembangunan mampan di Sungai Petani. Komitmen ini selaras dengan aspirasi MPSPK dalam memastikan pembangunan bandar yang lebih lestari, inklusif, dan berdaya saing demi kesejahteraan komuniti setempat.

Tahniah kepada Jabatan Perancangan Bandar yang diketuai oleh TPr Puan Rohani binti Abu Bakar serta seluruh kakitangan Jabatan Perancangan Bandar atas komitmen serta usaha melaksanakan SDG di Daerah Kuala Muda.

Klik untuk gambar sekitar program
Klik untuk video sekitar program

Skip to content