POLIS DAN MASYARAKAT, BERPISAH TIADA

Itulah moto kebanggaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kedatangan Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baru YDH ACP Tuan Hanyan bin Ramlan pada hari ini dalam Majlis Angkat Sumpah membuktikan bahawa begitu pentingnya peranan dan penglibatan pihak PDRM dalam jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan dalam memastikan menjaga keadilan dan keselamatan awam, mengawasi kepatuhan undang-undang disamping juga memberikan pandangan secara praktikal. Majlis Angkat Sumpah tersebut berlangsung di Bilik Gerakan, Aras 5, Menara MPSPK.

Turut hadir Yang Dipertua MPSPK Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Setiausaha MPSPK Setiausaha MPSPK Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi, barisan Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian MPSPK.

Tahniah diucapkan kepada YDH ACP Tuan Hanyan bin Ramlan atas perlantikan tersebut. Selamat menjalankan tugas

Klik untuk gambar sekitar program
Klik untuk video sekitar program

Skip to content