DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR MERASMIKAN KARNIVAL JOM SANTAI X SYAHMI SYAZLI DI PERKARANGAN STADIUM DARUL AMAN.
31 Mei 2025, Jumaat – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, telah hadir merasmikan Program Karnival Jom Santai x Syahmi Sazli bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Di majlis tersebut, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar turut berkesempatan beramah mesra dengan para pengunjung serta peniaga yang hadir, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap perkembangan komuniti setempat. Hadir sama ialah Ahli-Ahli Majlis MBAS iaitu Dato’ Chng Boon Chye, En. Chuah Chong Yong dan En. Shamsudin Ahmad serta pegawai-pegawai MBAS yang terlibat.
Karnival Jom Santai x Syahmi Sazli akan berlangsung sehingga 6 Jun 2025 bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman dengan pelbagai jualan makanan viral, persembahan daripada artis-artis terkenal, sesi ramah mesra bersama influencer, Drama Spontan Muzikal, Malam Pendikir serta pelbagai lagi aktiviti menarik menanti para pengunjung.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'