DUA KAKITANGAN MBAS SERTAI LANGKAWI SWIMMING FEST (LSF) 2025

1 Jun 2025, Langkawi – Dua (2) kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah sertai Langkawi Swimming Fest (LSF) 2025 yang telah berlangsung di Tanjung Rhu, Langkawi baru-baru ini.
 
En. Norhaimi bin Ariffin dari Bahagian Landskap & Rekreasi MBAS dan En. Mohamad Annuar bin Saidin dari Bahagian Pengurusan Harta MBAS telah mengibarkan bendera MBAS setelah tiba di garisan penamat selepas menamatkan cabaran sejauh 4KM bagi kategori umur 50-59 tahun dalam acara itu.
 
Festival renang ini telah dianjurkan oleh Tough Gorilla dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), yang telah berjaya menarik penyertaan seramai 325 peserta daripada 18 buah negara.
 
Antara negara yang terlibat termasuklah Thailand, Korea Selatan, Singapura, Afrika Selatan, United Kingdom, Indonesia, Amerika Syarikat, Maldives, Lubnan, Perancis, Ireland, Mexico, India, Sepanyol, Colombia, Jepun, Filipina serta negara tuan rumah, Malaysia.
 
Sebanyak lima kategori telah dipertandingkan, iaitu kategori terbuka untuk jarak 8 kilometer, 4 kilometer, 2 kilometer, 1 kilometer dan 400 meter.
 
 
Skip to content