GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN PASAR TELUK WANJAH, ALOR SETAR
29 Mei 2025, Khamis – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja, Bahagian Perkhidmatan Bandar, Bahagian Pembangunan Kerja Awam serta Bahagian Mekanikal dan Elektrikal, dengan kerjasama syarikat E-Idaman Sdn. Bhd., telah mengadakan satu program gotong-royong pembersihan di Pasar Teluk Wanjah, Alor Setar.
Aktiviti ini diadakan susulan hasil pemantauan pihak MBAS yang mendapati terdapat beberapa meja kosong yang tidak disewa di pasar tersebut telah disalahgunakan sebagai tempat pembuangan sampah serta didapati adanya binaan haram di beberapa meja kosong tersebut.
Selain itu, pihak MBAS juga telah mengesan tindakan penyambungan elektrik secara haram yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada pengunjung dan peniaga di pasar tersebut. Operasi pembersihan dan pemantauan ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan MBAS untuk memastikan persekitaran pasar kekal bersih, teratur serta selamat bagi semua pengguna.
MBAS menyeru kepada semua peniaga supaya memberikan kerjasama penuh dengan mematuhi undang-undang kecil Pasar Awam 1989 serta menjaga kebersihan kawasan pasar demi kelancaran dan kesejahteraan bersama.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'