




𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍: 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐌𝐏 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈
10 Jun 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima kunjungan rasmi daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) bagi mewujudkan hubungan kerjasama dan melaksanakan penanda aras terhadap sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015 dan ISO 37001:2016 serta memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak.
Delegasi MPKL yang diketuai oleh Tuan Haji Fauzi bin Haji Din, Ketua Penyelaras Program MS ISO MPKL, telah disambut mesra oleh Encik Mohd Syarizal bin Ishak, Pengarah Unit Audit Dalam MPKK. Sesi dimulakan dengan ucapan aluan daripada beliau, diikuti dengn ucapan balas oleh Ketua Penyelaras Program MS ISO MPKL.
Taklimat mengenai pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di MPKK disampaikan oleh Puan Hasnita binti Mohd Hashim, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Khidmat Pengurusan. Taklimat ini memberi peluang kepada delegasi MPKL untuk memahami lebih mendalam tentang strategi dan amalan terbaik yang digunakan dalam memastikan sistem pengurusan yang berintegriti serta penyelarasan dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf.
Semoga lawatan ini memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak, memperkukuhkan lagi kerjasama antara MPKL dan MPKK, serta menjadi langkah ke arah meningkatkan lagi mutu pengurusan dan integriti dalam sektor awam demi kepentingan rakyat.