MBAS SERTAI SEMINAR ANTARABANGSA KEDAH : HISTORIOGRAFI NUSANTARA 2025 (SAK 2025)

27-28 Mei 2025, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah sertai Historiografi Nusantara 2025 (SAK 2025) yang berlangsung pada 27-28 Mei 2025 bertempat di Kedah Digital Library, Alor Setar. Program tersebut merupakan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Lisan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.
 
Seminar SAK 2025 telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad mewakili YAB Menteri Besar Kedah. Seminar SAK 2025 yang julung kalinya diadakan di Kedah berjaya menghimpunkan lebih 93 pembentang, merangkumi ahli akademik, penyelidik, dan penggiat warisan dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.
 
 
Skip to content