OPERASI PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DAN LESEN PREMIS MAKANAN di BANDAR RAYA ALOR SETAR

27 Mei 2025, Selasa – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan dan Bahagian Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar telah menjalankan satu Operasi Pemeriksaan Kebersihan dan Lesen Premis makanan di sekitar Jalan Anak Bukit dan Jalan Kepala Batas, Alor Setar.
 
Hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan, pihak MBAS telah mengeluarkan tujuh (7) kompaun atas perlbagai kesalahan seperti kekotoran di bahagian dapur, premis perniagaan tiada lesen, tiada lesen iklan, tiada perangkap minyak dan tong sampah tidak ditutup dengan sempurna.
 
Manakala Pihak PKD Kota Setar telah mengeluarkan lima (5) kompaun atas kesalahan tiada kad suntikan tifoid dan tidak mengikuti kursus pengendalian makanan. Selain itu, satu premis telah diarahkan tutup serta merta selama 14 hari atas kesalahan di bawah seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi pemilik premis tersebut membersihkan premis berkenaan.
 
Operasi pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua pemilik premis/peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
Skip to content