Gotong Royong Perdana ini telah dianjurkan oleh kerjasama Pusat Khidmat DUN Sungai Limau yang melibatkan agensi-agensi kerajaan daerah Yan, MKK dan penduduk di kawasan yang terlibat. Program ini adalah sebagai persediaan bagi menghadapi peralihan angin monsun timur laut untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan berkenaan. Turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Daerah Yan merangkap Yang YB ADUN Sungai Limau, YB Tuan Sabri bin Azif dan Ahli Majlis MDY.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua jabatan/agensi atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.









