ISU BANJIR KILAT | KERJA-KERJA PEMBERSIHAN PARIT DI JALAN ISMAIL HASHIM DAN JALAN KILANG TEBU, ALOR SETAR

4 Jun 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjalankan kerja-kerja pembersihan parit di Jalan Ismail Hashim dan Jalan Kilang Tebu, Alor Setar. Kerja-kerja pembersihan ini dijalankan sebagai usaha bagi mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan setempat dengan membersihkan saliran parit yang telah dicemari dengan sampah sarap dan tumbuhan-tumbuhan liar.
 
Kerja-kerja pembersihan ini telah dijalankan dengan kerjasama SWCorp Kedah, E-idaman Sdn. Bhd., Pusat Khidmat Penyelaras DUN Kota Darul Aman, pasukan Bomba Sukarela Jalan Kilang Tebu serta beberapa lagi pihak yang terlibat. Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya; Penyelaras DUN Kota Darul Aman, En. Ooi Shou Wayne serta beberapa pegawai terlibat turut hadir meninjau bagi memastikan kelancaran operasi kerja-kerja pembersihan berkenaan.
 
MBAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini, serta berharap masyarakat akan terus bekerjasama menjaga kebersihan alam sekitar demi kesejahteraan bersama.
 
Skip to content