KERJA-KERJA PEMOTONGAN RUMPUT DI LEBUHRAYA DARUL AMAN, ALOR SETAR
10 Jun 2025, Selasa – Memandangkan musim hujan yang berlarutan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Perkhidmatan Bandar dan Bahagian Landskap dan Rekreasi telah melaksanakan kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan kawasan di sepanjang laluan Lebuhraya Darul Aman (dari Jambatan Anak Bukit hingga ke persimpangan Aman Central, Alor Setar) sebagai inisiatif untuk menjaga kebersihan Bandar Alor Setar. Konsesi tersebut dilaksanakan oleh pihak THB mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan. Namun begitu, pihak MBAS membantu bersama-sama bagi memastikan Bandar Alor Setar kekal bersih dan indah.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'