KUNJUNGAN WAKIL-WAKIL PBT THAILAND | PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN THAILAND
5 Jun 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan wakil-wakil PBT Thailand di Ibu Pejabat MBAS, kelmarin.
Ia telah dihadiri oleh Datuk Bandar Mukim Chalung, Wilayah Satun, Tuan Sujarit Yamasa; Ketua Al-hijrah islam cooperative Ltd., Tuan Burhanuddeen Baikadem; Ketua Dewan Mukim Changlun, Tuan Raseb Andara; Penolong Y.B Satun, Tuan Karim Langjl; Setiausaha Dewan Mukim Changlun, Tuan Pinan Longhon serta pegawai-pegawai terlibat.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang pembangunan dan pengurusan bandar. Dato’ Haji Abdul Gafar menyambut baik inisiatif tersebut dan berharap ia dapat membuka ruang bagi pertukaran pengetahuan dan pengalaman antara kedua-dua negara.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'