MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP, PROJEK MENAIKTARAF JALAN SUKA MENANTI (K137) DAERAH KOTA SETAR

3 Jun 2025, Selasa – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, telah hadir ke Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Jalan Suka Menanti (K137) yang telah berlangsung sebentar tadi bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar.
 
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.
 
Projek menaiktaraf jalan tersebut telah bermula sejak Disember 2018 dan telah siap sepenuhnya pada bulan Jun 2024. Projek ini dilaksanakan sebagai inisiatif kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti infrastruktur jalan raya di kawasan tersebut, sekaligus meningkatkan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya.
 
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani; Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Ismail; Jurutera Daerah JKR Daerah Kota Setar, Ir. Isnil Badril Bin Ismail; Pengarah Urusan Detik Venture Sdn. Bhd selaku Kotraktor Utama, Hj Faharul Azman Ahmad Sabki.
 
Skip to content