MBAS LAKSANA KERJA-KERJA PEMBERSIHAN FLYOVER JALAN LANGGAR, ALOR SETAR

4 Jun 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Perkhidmatan Bandar telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan struktur konkrit flyover JKR Jalan Langgar, Alor Setar.
 
Kerja-kerja pembersihan itu turut mendapat kerjasama dari E-Idaman Sdn. Bhd. melalui kontraktornya Nilai Bersih Sdn. Bhd. dan Ummi Balkis 786 Enterprise yang menyumbang khidmat mereka dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR).
 
Pihak MBAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta usaha dalam menjayakan inisiatif kebersihan bandar ini.
 
Skip to content