𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍: 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐈𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐉𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍

11 Jun 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) melalui Bahagian Establisymen Makanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Penguatkuasaan MPKK telah menjalankan Operasi Permit Sementara Meletak Kerusi Meja Tambahan di kaki lima dan tapak letak kenderaan di hadapan premis makanan di sekitar Daerah Kulim.

Penggunaan petak parkir bagi peletakan kerusi meja tanpa kawalan oleh pengusaha premis makanan telah membawa kepada kekurangan ruang parkir bagi kenderaan orang awam dan halangan di kaki lima. Semasa operasi dilakukan, pihak MPKK turut membuat pemeriksaan bagi sistem perangkap minyak, kebersihan premis, semakan lesen premis dan paparan iklan.

Semua premis makanan yang meletakkan kerusi meja tambahan di kaki lima dan tapak letak kenderaan di sarankan untuk memohon permit sementara kerusi meja tambahan dari MPKK bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.

MPKK menghargai kerjasama pemilik-pemilik premis perniagaan makanan, para peniaga dalam menjaga persekitaran yang lebih selamat, teratur, dan mesra pelanggan. Teruskan usaha untuk mewujudkan premis yang bersih, selesa, dan mematuhi peraturan demi kesejahteraan bersama.

Klik untuk gambar sekitar program

#Operasi

#Penguatkuasaan

#Pelesenan

#MajlisPerbandaranKulim

#TheGreaterKedah

Skip to content