PANORAMA TERBARU DI ALOR SETAR | LAWATAN TAPAK KE JAMBATAN ANAK BUKIT MENINJAU KERJA-KERJA KECERIAAN BANDAR SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH

4 Jun 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, telah mengadakan lawatan tapak ke Jambatan Anak Bukit, Alor Setar bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Setar dan THB Bina Maju Sdn. Bhd.
 
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan memastikan kelancaran kerja-kerja persiapan bagi memperindah bandar raya Alor Setar sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang bakal tiba pada 22 Jun 2025.
 
Hadir sama pengarah-pengarah dan ketua-ketua bahagian MBAS serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content