PROGRAM GOTONG-ROYONG & SESI LIBAT URUS BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 7 MBAS DAN ADUN SUKA MENANTI
30 Mei 2025, Jumaat – Program Gotong Royong yang telah diadakan bertempat di Kampung Gunung Sali, Dun Suka Menanti, Alor Setar, Kedah telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar bersama Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 7 (Shahab Perdana), Puan Noor Azra Binti MD Saleh dengan kerjasama penduduk setempat. Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran ADUN Suka Menanti merangkap Exco Pertanian, Perladangan, Pengangkutan Negeri Kedah, YB. Dzowahir Bin Ab. Ghani.
Fokus utama gotong-royong ialah pembersihan parit dan kawasan sekitar kampung sebagai usaha penting bagi memastikan saliran lancar, mengelakkan pembiakan nyamuk, serta mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.
Selain gotong royong, turut berlangsung sesi libat urus bagi membuka ruang kepada penduduk untuk menyuarakan pandangan dan cadangan penambahbaikan kampung.
Pihak MBAS sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk dijaga dan menyeru agar penduduk Alor Setar untuk bersama menjaga kebersihan bandar ini dan menghindari bandar ini dari pencemaran sampah sarap serta bahan buangan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'