PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KUALA MUDA 2035 (Draf Pengubahan 9 & 10)

Jabatan Perancangan Bandar akan mengadakan Program Publisiti & Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035 yang akan bermula pada :

15 Jun – 15 Julai 2025
9.00 pg – 4.00 ptg( Ahad-Rabu)
9.00 pg- 3.00 ptg( Khamis )
(HARI BEKERJA SAHAJA)

Kaunter Publisiti, Lobi Aras 1, Menara Mpspk

Orang ramai dijemput hadir bagi memberikan pandangan atau sebarang bentuk cadangan untuk pembangunan Daerah Kuala Muda. Bantahan atau representasi berkenaan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035 (Draf Pengubahan 9 & 10) boleh dibuat dibuat melalui borang bantahan/cadangan dan dikemukakan sebelum 15 Julai 2025 di kaunter publisiti, Lobi Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Skip to content