KIRA-KIRA 100 PESERTA SERTAI KAYUHAN ALOR SETAR CITY FUN RIDE 2025

12 Jun 2025, Khamis – Kira-kira 100 peserta memeriahkan Kayuhan Alor Setar City Fun Ride 2025 bersama Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, petang tadi. Program ini merupakan anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Isuzu Cawangan Alor Setar (Indah Utara Auto Sdn Bhd) yang diadakan bertujuan bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga bandar raya. Selain itu, kayuhan ini juga merupakan salah satu inisiatif MBAS sebagai agenda hijau dalam usaha mewujudkan “Bandar Rendah Karbon”.
 
Acara pelepasan peserta kayuhan bermula kira-kira jam 5.30 petang bertempat di Dataran Medan Bandar dan telah disempurnakan oleh Ahli Majlis MBAS, En. Mohd Azizi Abdullah dan Mr Poh Cheng Hai dari Indah Utara Auto Sdn Bhd. Acara Kayuhan Alor Setar City Fun Ride 2025 ini dianjurkan dengan jarak kayuhan santai sejauh 14 kilometer(km) merentasi laluan di sekitar bandar raya Alor Setar.
 
Turut diadakan acara cabutan bertuah berupa hamper buat para peserta di sesi penamat, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah menyertai acara ini.
 
Skip to content