OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR GERAI BAGI TUJUAN PROJEK PELEBARAN PARIT TAMAN WIRA MERGONG ALOR SETAR FT 255.

12 Jun 2025, Khamis – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya hadir meninjau Operasi Perobohan Struktur Gerai Bagi Tujuan Projek Pelebaran Parit Taman Wira Mergong Alor Setar FT 255, pagi tadi.
 
Operasi ini dijalankan oleh JKR Daerah Kota Setar ,Pejabat Tanah Kota Setar, Polis Diraja Malaysia, Majlis Bandaraya Alor Setar, THB Maintenance Sdn. Bhd., TNB Alor Setar dan SADA.
 
Datuk Bandar turut beramah mesra bertemu para penduduk dan peniaga setempat mendengar keluhan sebarang isu berbangkit di kawasan berkenaan.
 
Pihak MBAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi terlibat serta peniaga dan penduduk setempat yang memberikan kerjasama dalam operasi tersebut.
 
Hadir sama Tuan Jurutera Daerah JKR Daerah Kota Setar Ir. Isnil Badril bin Ismail, Ahli Majlis MBAS Zon 7, Puan Noor Azra Binti MD Saleh serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content