PROGRAM BRISKWALK V3 | AMALAN GAYA HIDUP SIHAT SAMBIL TINJAU KAWASAN DI SEKITAR TANDOP, ALOR SETAR
11 Jun 2025, Rabu – Program Briskwalk V3 bersama Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya yang betujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga bandaraya Alor Setar kalini diadakan petang kelmarin menjelajah sejauh 5KM di sekitar kawasan Tandop, Alor Setar.
Selain aktiviti berjalan kaki, Datuk Bandar bersama Ahli-Ahli Majlis MBAS dan pengurusan MBAS turut meninjau keadaan semasa di sekitar kawasan berkenaan serta beramah mesra bertemu para penduduk dan peniaga setempat mendengar keluhan aduan berbangkit di kawasan berkenaan.
Program Briskwalk V3 telah disertai oleh pegawai-pegawai MBAS, Ahli-Ahli Majlis MBAS, Persatuan Gabungan Anak Tandop, Alor Setar Jogging Club serta penduduk setempat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'