29 MEI 2025 (KHAMIS)

Program tersebut diadakan di Bukit Angin, Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah milik Syarikat MKA Adventureland. Program tersebut bermula jam 7.30 pagi dan melibatkan pelbagai Jabatan dan Agensi. Seramai 300 orang peserta dalam pelbagai jabatan dan agensi telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Program dimulakan dengan pelepasan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail AMK., BCK., Pegawai Daerah Merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pengerusi PEMADAM Daerah Bandar Baharu diiringi oleh Ketua Penolong Pembangunan (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Merangkap Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Penolong Pegawai Pengurusan Daerah dan Pengurus Syarikat MKA AdventureLand.

Program diteruskan dengan Majlis Pelancaran Papan Tanda Pelancongan di Puncak Bukit Angin Oleh YBhg. Tuan Pegawai Daerah Merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bersama jabatan dan agensi yang terlibat bersempena Tahun Melawat Kedah 2025.

Program diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan medal kepada peserta dan jabatan yang terlibat serta diakhiri dengan aktiviti cabutan bertuah kepada setiap peserta yang terlibat.

Program ini bertujuan mempromosikan tempat-tempat menarik di Daerah Bandar Baharu terutama kepada jabatan dan agensi di Daerah Bandar Baharu serta orang ramai. Lokasi program ini menjadi tumpuan pelancong kerana kaya dengan alam semula jadi dan terdapat Kolam Air Bukit Terbesar di Daerah Bandar Baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program kali ini.

Skip to content