PROGRAM SOLAT DHUHA DAN TAZKIRAH MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR BAGI BULAN JUN 1446H | 2025M

12 Jun 2025, Khamis – Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Puspanita MBAS dan Biro Agama & Dakwah, Kelab MBAS telah mengadakan Program Solat Dhuha dan Tazkirah bertempat di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, pagi tadi.
 
Program telah dihadiri oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya. Solat Sunat Dhuha berjemaah dan Tazkirah telah dipimpin dan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Moqti Ahmad.
 
Hadir sama Naib Yang Dipertua Kelab MBAS, En. Khairuddin Bin Idris; Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta semua kakitangan dan ahli Puspanita Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
Skip to content