DATUK BANDAR ALOR SETAR TERIMA PENGANUGERAHAN DARI PENJARA SUNGAI PETANI, KEDAH
DATUK BANDAR ALOR SETAR TERIMA PENGANUGERAHAN DARI PENJARA SUNGAI PETANI, KEDAH
16 Jun 2025, Isnin – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima penganugerahan Sijil Penghargaan diatas kerjasama dan komitmen serta sumbangan jasa bakti kepada Jabatan Penjara Malaysia khasnya Institusi Penjara Sungai Petani.
Penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Zakaria Bin Razali di Pejabat Datuk Bandar, Ibu Pejabat MBAS.