“KE ARAH KEDAH BERSIH” PROGRAM GOTONG ROYONG DAN LIBAT URUS AHLI MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR ZON 14 DI TAMAN AMAN, ALOR SETAR
16 Jun 2024, Isnin – Program Gotong Royong dan Libat Urus di Taman Aman, Alor Setar anjuran Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 14 (Anak Bukit), En. Shahrul Anuar bin Haron dan dibantu Penolong Pegawai Kawasan Zon 14, En. Ahmad Syaher Abu Bakar.
Program tersebut telah dirasmikan ADUN Anak Bukit, Yang Berhormat Rashidi Razak diiringi Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya. Turut bersama dalam program ini ialah Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Aman telah melibatkan seramai 100 orang terdiri daripada penduduk Taman Aman, kakitangan MBAS, SWCorp serta E-Idaman Sdn. Bhd.
Tujuan utama program gotong royong ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjaga kebersihan di sekitar kawasan kediaman dan dapat mengurangkan kesan banjir kilat serta penularan wabak penyakit berjangkit yang sering berlaku di kawasan tersebut.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'