KONVOI KELAB MOTOSIKAL MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA MAI SINGGAH ALOR SETAR
16 Jun 2025, Isnin – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan daripada Kelab Motosikal Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang melibatkan lebih 30 anggota bermotosikal. Konvoi ini diketuai oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon.
Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, konvoi itu merupakan salah satu program jelajah bagi mempromosikan Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-19 yang akan diraikan pada 20 Jun 2025 dan bandar raya Alor Setar merupakan salah satu lokasi dalam siri jelajah program tersebut. Selain itu, beliau turut menyatakan beberapa PBT terpilih telah menjadi lokasi hentian dalam program jelajah tersebut bagi tujuan mengeratkan ukhuwah sesama Pihak Berkuasa Tempatan.
Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya; Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh serta seluruh pihak pengurusan MBAS menzahirkan ucapan terima kasih kepada MBPJ atas kehadiran ke bandar raya Alor Setar di tahun serta mendoakan Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-19 meriah dan sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'