KUNJUNGAN MBI KE MBAS | TAKLIMAT PENGURUSAN KENDERAAN TERBIAR DI DEPOH PENGUATKUASAAN MBAS
16 Jun 2025, Isnin – Ketua Bahagian Penguatkuasaan MBAS, En. Ahmad Syaher Abu Bakar, telah menyampaikan satu sesi taklimat dan perkongsian pengalaman berkaitan prosedur pengurusan kenderaan terbiar kepada delegasi lawatan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang telah diadakan di Depoh Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jalan Alor Mengkudu.
Ketibaan delegasi yang diketuai oleh Penolong Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI, Encik Muhamad Zul Hazmi bin Sham bersama 31 pegawai dan anggota penguatkuasa MBI ke Depoh Penguatkuasaan MBAS pada jam 3.00 petang adalah sebahagian daripada program yang telah dirancang dalam lawatan kerja ke MBAS selama tempoh 3 hari bermula dari 16 hingga 18 Jun 2025.
Selamat datang diucapkan kepada warga kerja MBI.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'