MAJLIS PERJUMPAAN DAN SESI DIALOG MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR BERSAMA PEMIMPIN PERSATUAN DAN MASYARAKAT KOMUNITI CINA
16 Jun 2025, Isnin – Majlis Perjumpaan Dan Sesi Dialog Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Pemimpin Persatuan Dan Masyarakat Komuniti Cina yang telah berlangsung semalam bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Tanjung Bendahara, Alor Setar. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya.
Majlis ini telah dihadiri oleh pelbagai wakil persatuan serta individu dalam komuniti, yang memperlihatkan semangat perpaduan dan kerjasama yang kukuh antara pihak MBAS dan masyarakat setempat. Sesi dialog yang diadakan ini memberi peluang kepada pemimpin persatuan dan wakil masyarakat untuk menyuarakan pelbagai isu serta cabaran yang dihadapi oleh komuniti, di samping memberikan pandangan serta cadangan untuk penambahbaikan.
Dalam majlis ini, Datuk Bandar menggalakkan perbincangan terbuka yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan bandar serta kemajuan masyarakat secara keseluruhan. Beliau turut menekankan bahawa MBAS sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan daripada semua pihak demi memastikan kesejahteraan bersama.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Ahli Majlis MBAS Zon 3, Dato’ Chng Boon Chye; Ahli Majlis MBAS Zon 11, En. Chuah Chong Yong, Penyelaras DUN Kota Darul Aman; En. Ooi Shou Wayne; Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta pegawai-pegawai terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'