OPERASI PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DAN LESEN PREMIS MAKANAN DI BANDAR RAYA ALOR SETAR

16 Jun 2025, Isnin – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan dan Bahagian Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar telah menjalankan satu Operasi Pemeriksaan Kebersihan dan Lesen Premis makanan di sekitar Jalan Tun Razak, Alor Setar.
 
Pemeriksaan telah dilakukan ke atas 11 buah premis pada sesi pagi dan hasil pemeriksaan, pihak MBAS telah mengeluarkan tiga (3) kompaun atas kesalahan lesen perniagaan tamat tempoh. Manakala dari aspek kebersihan, premis-premis yang diperiksa berada dalam keadaan baik berdasarkan gred kebersihan yang diperoleh.
 
Pada sesi malam, pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 1 premis (establisymen) dan 1 premis (tred) dan pihak MBAS telah mengeluarkan enam (6) kompaun atas pelbagai kesalahan iaitu premis tidak diselenggara dengan baik sehingga menyebabkan kekotoran, tiada lesen perniagan, tiada lesen iklan dan tong sampah tidak bertutup semasa pemeriksaan dijalankan.
 
Selain itu, Pihak PKD Kota Setar turut mengeluarkan kompaun atas kesalahan memakai barang perhiasan semasa mengendalikan makanan dan kekotoran premis serta satu premis telah diarahkan tutup serta merta selama 14 hari atas kesalahan di bawah seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi pemilik premis tersebut membersihkan premis berkenaan.
 
Operasi pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua pemilik premis/peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
Skip to content