DATUK BANDAR ALOR SETAR TINJAU KAWASAN DATARAN SUNGAI RAJA, ALOR SETAR
Alor Setar, 18 Jun 2025 – Majlis Perhimpunan Korporat Majlis Bandaraya Alor Setar bagi bulan Jun 2025 yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, MBAS. Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, dan lagu rasmi MBAS yang dipersembahkan oleh kumpulan koir MBAS. Seterusnya, bacaan ikrar seluruh kakitangan MBAS telah dilakukan sebagai simbolik semangat kerjasama dan komitmen terhadap tugas.
Program perhimpunan kali ini diisi dengan program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani 2025 yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan/ Ketua Seksyen Badan Berkanun Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Encik Norzilam Bin Mohamed, bersama Penolong Pengarah Pusat Latihan Kenegaraan Langkawi, Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Kedah, Encik Muhamad Razif Bin Muhamad Zaki. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman warga MBAS mengenai dasar-dasar kenegaraan.
Hadir sama Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS, En. Azlizam Bin Jaafar Sidik, Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta seluruh kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'