PROGRAM GOTONG ROYONG ZON 1, DATARAN AMAN LAUT, KUALA KEDAH

20 Jun 2025, Jumaat – Program Gotong Royong Zon 1 telah diadakan di kawasan Dataran Aman Laut, Kuala Kedah pada pagi tadi. Program ini dilaksanakan melalui inisiatif Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai kawasan Zon 1, En. Mohd Azizi Abdullah, dengan bantuan Penolong Pegawai Kawasan Zon 1, En. Azhan Ramli. Turut serta dalam program ini adalah Ahli-Ahli Majlis MBAS, E-Idaman Sdn. Bhd., Majlis Ketua Kampung, Komuniti Taman Seri Putra, Komuniti Aman Laut Kuala Kedah, dan Pertubuhan Kuala Kedah Prihatin.
 
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Bin Zakaria, serta Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.
 
Gotong-royong ini tertumpu di kawasan perumahan Taman Seri Putra Fasa 3 dan kawasan Aman Laut, dengan fokus utama pada pembersihan kawasan. Selain aktiviti pembersihan, terdapat juga aktiviti gotong-royong memasak pelbagai jenis masakan untuk para peserta. Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik dari pelbagai lapisan masyarakat yang bekerjasama dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri Kedah dalam memastikan negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang bersih.
 
Skip to content