PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) GOTONG-ROYONG PERDANA DAERAH KOTA SETAR 2025
14 Jun 2025, Sabtu – Program Kemampanan Komuniti Bandar (PPKB) Gotong-Royong Perdana Daerah Kota Setar 2025 anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar. Program ini turut melibatkan kerjasama dari PDRM Kota Setar, Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, JPS Kota Setar, JKR Kota Setar, Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena, SWCorp Kedah, E-Idaman Sdn. Bhd , Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan Persatuan Penduduk Taman Nuri.
Lebih 400 orang peserta yang terdiri daripada agensi terlibat dan masyarakat setempat telah mengambil bahagian dalam acara gotong royong membersihkan sekitar kawasan ini. Program turut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya; ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad. Hadir sama Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Nuri, Tn Hj Shaaban Ismail, Ahli-Ahli Majlis MBAS serta wakil-wakil agensi terlibat.
Selain acara utama iaitu gotong-royong membersihkan kawasan, turut diadakan pertandingan blok-blok ceria dan pembayar cukai pintu terbaik, Kitar Semula “Trash To Cash” serta pameran keselamatan dan kesihatan dari agensi terlibat.
Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) adalah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membangunkan komuniti bandar yang inklusif dan lestari. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan mengurangkan sisa pepejal melalui pelbagai aktiviti seperti gotong-royong dan kempen kitar semula.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'