OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN PREMIS PERNIAGAAN DI JALAN ALOR SETAR - KANGAR
24-25 Jun 2025, Alor Setar – Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pelesenan dan Bahagian Inspektorat MBAS telah menjalankan pemeriksaan secara bersepadu ke atas premis perniagaan di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman bermula daripada simpang Raden hingga ke Kuala Kuar.
Hasil pemeriksaan ke atas 153 buah premis perniagaan di sepanjang jalan tersebut mendapati sebanyak 25 premis perniagaan, 3 gerai makan/restoran dan 3 penjaja telah dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen/ lesen tamat tempoh.
Selain itu, sebanyak 16 kompaun atas kesalahan iklan tanpa lesen serta 3 kompaun berkaitan halangan barang niaga telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang terlibat.
Walau bagaimanapun, terdapat 40 buah premis yang diperiksa tidak beroperasi dan sebahagian daripadanya terlibat dengan projek pelebaran jalan yang sedang giat dilaksanakan di sepanjang jalan tersebut.
MBAS akan terus mengadakan operasi bersepadu ini di kawasan-kawasan lain secara berperingkat bagi memastikan setiap premis perniagaan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Justeru, MBAS menyeru kepada semua pemilik perniagaan yang belum mempunyai lesen perniagaan/ lesen telah tamat tempoh untuk segera memohon lesen perniagaan di MBAS bagi mengelakkan dikenakan tindakan kompaun dan pendakwaan di Mahkamah bagi kesalahan berkaitan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'