PEMAKLUMAN
AYUH SERTAI ANUGERAH SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN MPSPK KE-31
Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-31 Pengisytiharan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) Tahun 2025, pihak MPSPK menjemput orang ramai untuk menyertai pencalonan Majlis Penganugerahan Khas yang mengiktiraf sumbangan cemerlang pelbagai pihak dalam pembangunan dan kemajuan Sungai Petani.
Antara anugerah yang terbuka untuk penyertaan adalah:
- Anugerah Orang Kelainan Upaya (OKU) Cemerlang
- Anugerah NGO Cemerlang
- Anugerah Usahawan Cemerlang
- Anugerah Komuniti Cemerlang
- Anugerah Duta Bersih, Indah & Ceria
Tarikh tutup penyertaan: 15 Julai 2025
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila hubungi Bahagian Keurusetiaan Pejabat Yang Dipertua di talian 04-4296666.
Marilah bersama-sama memartabatkan usaha dan sumbangan anda untuk diraikan bersama MPSPK
