2 JULAI 2025 – RABU
Amanat daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Yan kepada para atlet:
“Bertandinglah dengan semangat kesukanan yang tinggi dan jiwa yang besar. Ingatlah bahawa anda semua bukan sahaja membawa nama pasukan, tetapi juga maruah Majlis Daerah Yan. Semoga setiap langkah dan usaha kalian diberkati dan diberi kejayaan. Kami semua di belakang anda – MDY BOLEH!”
Debaran semakin terasa! Detik perlawanan SUKAN PBT semakin hampir. Segala usaha, keringat dan komitmen Team Sukan Majlis Daerah Yan bakal diuji di gelanggang sebenar.
Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh pasukan MDY! Teruskan berjuang dengan penuh semangat kesukanan, disiplin tinggi dan kekuatan mental serta fizikal yang mantap.
Semoga kejayaan milik kita bersama.
Mari kita julang nama Majlis Daerah Yan dengan penuh kebanggaan di pentas SUKAN PBT.
Menang bermaruah, kalah bersemangat. MDY BOLEH!
