Karnival Komuniti Sejahtera anjuran Majlis Daerah Yan yang telah berlangsung dengan jayanya pada 28 & 29 Jun 2025 di Pantai Murni Waterfront, Yan telah menutup tirainya dengan penuh kemeriahan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Yan dan pengunjung dari luar yang telah hadir memeriahkan karnival ini. Sokongan padu anda semua amat kami hargai.
Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah berjaya dilaksanakan sepanjang dua hari karnival, antaranya:
Pada Hari Pertama (Sabtu, 28 Jun 2025):
* Perarakan Maal Hijrah Peringkat Daerah Yan yang penuh semangat.
* Penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan Maal Hijrah.
* Gotong-royong dan penyediaan Bubur Asyura secara beramai-ramai.
* Pertandingan dan penyampaian hadiah Bubur Asyura.
* Nyanyian bersama Kumpulan Nada dan forum perdana bertajuk “Hijrah: Titik Mula Diri & Masyarakat” yang memberi banyak inspirasi.
Manakala pada Hari Kedua (Ahad, 29 Jun 2025):
* Pelepasan Peserta Fun Run Komuniti Sejahtera 2025 yang mendapat sambutan menggalakkan.
* Sesi Senamrobik yang mencergaskan badan.
* Pertandingan Mewarna Kanak-kanak yang menyerlahkan kreativiti.
* Kempen kesedaran ‘Awareness Campaign’ “Bahaya Penyakit Kencing Tikus”.
* Majlis Perasmian Karnival Komuniti Sejahtera Daerah Yan
* Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah yang dinanti-nantikan.
* Pertandingan Teka Berat Buah Durian dan Raja Durian Kampung Premium (DKP) yang mencuri tumpuan.
* Taklimat informatif “Kawalan Kanker Durian” dan Jerai Geopark.
* Pertandingan Master Chef (Masakan) bertemakan Seafood yang menghidangkan masakan lazat.
* Pertandingan Si Badang “Makan Durian” dan Pertandingan Timbang Ratus Bola Takraw yang menceriakan suasana.
* Majlis Penyampaian Hadiah bagi semua pertandingan.
* Kemuncak program Kenduri Serawa Durian dan majlis Yan Berselawat.
Majlis Daerah Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan karnival ini, termasuk para penaja, rakan strategik, agensi kerajaan, persatuan-persatuan, sukarelawan dan setiap individu yang telah menyumbang tenaga dan masa.
Semoga program seumpama ini dapat terus dilaksanakan pada masa hadapan demi memperkasakan komuniti dan memupuk perpaduan. Jumpa lagi di Karnival Komuniti Sejahtera akan datang.
