🎉 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓
📍 Lokasi: Pasar Besar Kulim
📆 Tempoh: Sepanjang Bulan Julai Ini!
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Kulim!
Kempen Pasar Awam Bersih 2025 anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini diteruskan di Pasar Besar Kulim dengan pelaksanaan oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK).
Inisiatif ini bertujuan untuk:
✅ Mewujudkan pasar yang lebih bersih, ceria dan selamat untuk semua
✅ Meningkatkan komitmen peniaga dan masyarakat terhadap penjagaan kebersihan
✅ Menyokong usaha mencapai penarafan Gred B dan ke atas bagi pasar awam
🧽 Aktiviti Menarik Menanti Anda:
🔹 Gotong-royong bersama peniaga dan agensi berkaitan
🔹 Pembersihan menyeluruh, pembasmian kuman dan disinfeksi
🔹 Taklimat kesedaran kebersihan kepada peniaga
🔹 Kerja-kerja baik pulih kecil untuk kemudahan pasar
🙌 Sertai dan Sokong Kempen Ini!
MPKK amat menggalakkan penglibatan komuniti tempatan bagi menjayakan kempen ini. Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menjadikan Pasar Besar Kulim sebagai contoh terbaik di daerah Kulim
“Pasar Bersih, Masyarakat Sihat, Hati Pun Senang!” 🌟
📸 Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti yang disediakan dan saksikan transformasi positif pasar kita!
Jom ramai-ramai turun padang dan jadikan pasar awam kita ikon kebersihan dan contoh terbaik untuk negeri Kedah! 🌟
